Dia bingung. Diamati satu persatu perkataan yang tersusun di atas helaian kertas di atas mejanya. Orang kata itu indah dan punya maksud. Namun dia masih bingung, ada sedikit benci mungkin.
Ditoleh ke sebelah kanan, Shakespeare sedang asyik menulis. Entah apa yang ditulis dia pun tidak tahu. Mungkin babak tambahan dalam ‘Macbeth’. Mungkin. Tidak mahu dia mengganggu. Shakespeare insan misteri, bercakap dengannya jarang sekali.
Di penjuru bilik G. Eliot seronok bergurau senda dengan Hemingway. G. Eliot tertahan-tahan gelaknya mendengar jenaka Hemingway. Tidak mahu Eliot melepaskan tawanya sepuas-puas, ada malu. Perempuan.Masih mengawal kemanisannya. Hemingway tersenyum. Jenakanya sering mengembirakan hati rakannya. Seronok beliau melihat rakannya itu gembira. Setiap untaian senyuman dan tawa mencarik resahnya, pada hemat Hemingway.
Belakang bilik, meja empat bersambung, Enid Blyton khusyuk bercerita kepada Emilia Lanier, Al-Khansa dan Dickens. Namun sesekali beliau terlepas gosip-gosip panas yang kadang membuat pendengar semakin menumpu, bukan pada cerita tapi pada gosip. “psssttt, pedulikan cerita. Gosip mana?”
Mozart, terkumat-kamit mulutnya sambil tangan menulis seakan not-not lagu. Gubahan baru pasti. Sesakali diganggu oleh Kafka yang sering mengatakan musik itu rendah dan tak mampu merubah.Mozart mengerling, namun Mozart tak langsung mengambil pusing. Terus menulis. Landskap musik dunia mungkin sekali lagi berubah.
Jalaludin Rumi dan Hamzah Fansuri sibuk berdebat disulami syair-syair dan sajak-sajak di tengah bilik ini. Sesekali keras bunyinya, terkadang lembut menyentuh jiwa. Berdebat,berhujah tapi bertumbuk jauh sekali. Bukan budaya, tidak ada gaya, bila kekerasan mengambil tempat.
Tapi dia masih bingung. Tidak faham dan sebolehnya tidak mahu faham.
“Teacher, why do i have to learn this?”
Tersenyum cikgu itu bila diajukan soalan itu. Teserlah di wajahnya akan sinar lembut seorang ibu.
***
Setelah 4 tahun berlalu, kaki berpijak di tanah lain. Udara dingin dihirup dalam. Sesekali terbatuk. Kembali dia menyelak helaian kertas itu. Kali ini dia tidak bingung. Dia tersenyum. Dia faham. “The Road not Taken” dan “Si Tenggang’s Homecoming” akhirnya memberi makna.
“Teacher, now I understand”
Berlalu dia pergi dihujani daun-daun kering kekuningan yang luruh.
*setiap jalan yang dilalui setiap pengalaman yang ditempuhi mungkin akan merubah diri kita. Sudut pandang, sudut fikir, dan sudut analisis akan sesuatu. Hendaknya ditambat hati ini atas jalan yang lurus.
Wednesday, October 28, 2009
Friday, October 9, 2009
SubhanAllah, Masya Allah, Alhamdulillah...bagaimanakah kita?
Video di bawah, seorang budak lelaki arab berumur 3 TAHUN menghafal seluruh Al-Quran...hayatilah...renungkanlah diri...
Mungkin kita katakan, suasana budak itu dilahirkan sebagai seorang berbahasa Arab, bahasa Al-Quran...tapi...apakah yang budak berumur 3 tahun tahu berkenaan bahasa Arab...3 tahun...kanak-kanak di Malaysia pun tidak tahu lagi bahasa Melayu dengan betul...Renungkanlah...Allahuakbar...(refleksi pada diri adalah paling banyak)...in sya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)