Showing posts with label rawak. Show all posts
Showing posts with label rawak. Show all posts

Friday, February 12, 2010

Dalam sepi ada yang menangis.

0 komentar
Ku gagahkan hati ini untuk memulakan perjalanan ke ibu kota di waktu manusia masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Di balik hening pagi, ada segelintir insan menangis perlahan.

5 tahun sudah semenjak kali akhir bersua muka. Bukannya aku mengenalinya dengan rapat pun ketika di Langkawi dahulu. Namun ada suatu pada peribadi, pada perilakunya, pada tulisannya yang membuatkan aku mahu mengenalinya dengan lebih rapat.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam, di mana ye?”

“Cafe sebelah MPH. Husain kat mana?”

“Baru sampai”

Sambil menghirup cappuccino , mata galak memerhati lagak manusia yang melintas. Kadang tersenyum, sesekali menyampah. Kepala sudah mula berdenyut. Untuk berada di Mall dalam jangka masa yang lama bukanlah menjadi kegemaran aku. Sesak manusia memang tidak pernah aku senangi. Sakit kepala. Pening.

Kelibat Husain dapat ku lihat dari jauh. Tanganku melambai-lambai agar dia dapat melihat aku. Sambil tersenyum, dia melambai kembali, sudah nampak akan aku di dalam.

Kulihat riak wajahnya bercampur baur. Tidak dapat aku untuk mengeluarkan apakah yang sedang beliau alami atau rasai. Namun dia masih mampu untuk menguntumkan senyuman.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam, sihat?”

Begitulah permulaan bicara. Bertanya khabar, bertegur sapa sambil diri masing-masing menceritakan serba sedikit perkembangan diri.

Husain mula membuka mulut, bercerita akan bagaimana dia boleh berada dalam kursus yang dia ambill sekarang. Mungkin pada kebanyakan adalah satu kepelikan untuk seorang Muslim mengambil kursus sedemikian rupa. Namun aku cepat-cepat padamkan kepelikan manusia kebanyakan.

Ada kepayahan dan keperitan dari riak muka Husain. Mengecewakan ibu bapa yang mahu melihat dia mengambil kursus pilhan mereka antara perkara sukar dan terbesar yang pernah dia buat. Namun bukanlah bermakna Husain derhaka. Dia tanpa pernah lelah, sedaya upaya menjelaskan dan menjaga hati mereka berdua. Ada nada berat dalam intonasi suaranya. Sedikit sebanyak aku mula memasuki daerahnya.

Seakan aku berada di gurun kontang ketika malam suram. Kering, sunyi, sakit, keseorangan.

Dia masih terus bercerita dan bercerita. Tidak mahu aku mengganggu. Terkadang dia berhenti memberi peluang untuk aku bersuara, aku cuma mengiyakan sesekali bersuara cuba untuk melancarkan perbualan.

Dari awal lagi aku mahu menjadi pendengar. Mahu menyelami dan mengerti pengalaman dan kehidupannya. Barulah sekarang aku mengerti mengapa penulisannya sebegitu rupa, mengapa sesakali Husain sepi di alam maya.

“When i first get your invitaion, I’m kidda nervous and kept thinking on what sort of questions that you’ll ask me shall we have met. Takut ada soalan yang susah-susah” sambil tersenyum.

“Takdalah Husain, sebenarnya aku prefer dengar je”

Dari riak muka aku dapat lihat kegembiraan pada pihaknya.

“Tapikan Husain, at least kau berani buat satu keputusan atas apa kau rasa kau nak sangat buat yang ramai orang lain tak mampu nak buat”

“But with a price Hasan, with a price…..”

Setiap orang ada kisah silam, ada pengalaman masing-masing yang membentuk dia seperti dia yang sekarang. Mendengar, mengetahui mengenainya membuatkan kita mampu untuk memahami akan setiap dia yang sekarang dan dalam masa yang sama cuba untuk menghubungkan diri kita dengan diri mereka. Dengan itu ikatan persahabatan/ukhuwah/ atau apa sahaja ikatan yang korang nak panggil yang sedia ada akan lebih kukuh. Hargai persahabatan dan kawan disekeliling anda. Cuba ziarah mereka sekali sekala. Siapa tahu dalam sepi mereka menangis keseorangan.

لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفس
Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Hadith ke 13 dari hadith 40)

Tuesday, July 28, 2009

encik Hedonisma

1 komentar
Hedonisma. Rata-rata korang semua mesti tahu apa tu hedonisma. Sebenarnya macam tak appropriate bagi saya untuk menulis soal hedonisma ni since diri ini masih lagi diikat dengan tali-tali hedonisma yang kadang mengawal setiap tingkah.

Tapi pedulikan, kita semua pun dalam proses pembaikan jadi tak salah untuk saya berbicara sikit pasal bab ni untuk kebaikan kita bersama (stresskan :termasuk saya)

Setiap manusia suka akan perkara indah. Dan diskripsi indah berbeza dari manusia ke manusia yang lain. Ada suka sajak, syair, pantun, petikan gitar, paluan gendang, tiupan trompet dan sebagainya. Oleh itu islam tak halang untuk penganutnya berhibur.

Macam kata pak cik -pak cik Raihan kita:
"berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

Falsafah hiburan untuk kita (Islam) tinggi. Bukan sesampah barat. Sekadar untuk berhibur kosong tanpa matlamat, tanpa tujuan. Kita tengok epedemik di negara kalahiran ramai bintang hiburan seperti Encik Justin Timberlake (tipulah tak kenal), Cik Madonanna dan Encik 50 sen. Bagaimana hedonisma merosakkan masyarakat mereka (nak kene cerita ke? rasa nya korang boleh buat research sendiri kan)

Malaysia pun sendiri, sedikit demi sedikit telah mengikut jalur-jalur 'negara bintang' itu. Ramainya anak muda yang tergila-gila mahu menjadi bintang baru di arena Hedonisma. Rata-rata mereka terjun tanpa mempunyai kefahaman yang jelas tentang hiburan. Bagi mereka hiburan itu sekadar hiburan nokhtah. Nampak kan sekuralisasinya di sini.
"Hiburan dengan agama mane bole campur", bak kata mereka.

Tapi tak semua daripada barat itu buruk. Ada je contoh lagu yang bagus liriknya dan tenang melodinya. Jangalah la pulak sebab semangat sangat nak Islam kan bila ada kawan denga lagu orang putih je terus melatah:

"Ya Allah syeikh, lagu Syaitan mana kau dengar ni?"

Kesian kawan tu, padahal lagu yang dia denga tu baik liriknya meskipun si pembawa lagu tu buruk sifatnya.

Mentaliti kelas pertama setiap perbuatan dia, ada kebaikan pada masyarakat. Bukan merosakkan masyarakat.

Korang tengok lagu-lagu Irama Asli (sure korang macam eiii Irama Asli? c'mon la). Kebanyakan lirik dia baik sekali. Macam Balqis (sekadar menyebut). Kalau yang suka rock tu, apa salahnya suntik sikit falsafah anda dalam lagu. Jadikan lagu itu satu benda yang ilmiah. Ni dak, berlegar sekitar I Love you, You Love me?kalau you tak Love me, i patah hati.

Alah lagu nasyid pun banyak je tema tu", ada suara-suara menyindir.

Ush panas ni. Cinta tu tema yang Universal. Bukan semua nasyid pun saya suka. Ada yang terkadang saya menyampah juga. Dalam satu album 3/4 cinta. Aduh c'mon la. Variasi sikit. Berbalik kepada tema cinta, itu universal. Cara pembawakan tema tu yang akhirnya akan menzahirkan outcome. Jadi pandulah tema (apa-apa) yang membawa kebaikan pada orang lain.

Saya pendengar universal. Apa yang elok insyaallah saya ambil, dan doakan la agar kita jauhi perkara yang tidak elok. Saya mengimpikan hiburan yang membina, hiburan yang berfalsafah hiburan yang tinggi maratabat dia. Bukan hiburan 'lacur' yang kita terkinja-kinja melompat bila mendengarnya. Ops :)

Insyaallah pelan-pelan kita akan membina suasana hiburan ni.


Saranan bacaan : Novel Advencer Si Peniup Ney