Friday, February 12, 2010

Dalam sepi ada yang menangis.

Ku gagahkan hati ini untuk memulakan perjalanan ke ibu kota di waktu manusia masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Di balik hening pagi, ada segelintir insan menangis perlahan.

5 tahun sudah semenjak kali akhir bersua muka. Bukannya aku mengenalinya dengan rapat pun ketika di Langkawi dahulu. Namun ada suatu pada peribadi, pada perilakunya, pada tulisannya yang membuatkan aku mahu mengenalinya dengan lebih rapat.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam, di mana ye?”

“Cafe sebelah MPH. Husain kat mana?”

“Baru sampai”

Sambil menghirup cappuccino , mata galak memerhati lagak manusia yang melintas. Kadang tersenyum, sesekali menyampah. Kepala sudah mula berdenyut. Untuk berada di Mall dalam jangka masa yang lama bukanlah menjadi kegemaran aku. Sesak manusia memang tidak pernah aku senangi. Sakit kepala. Pening.

Kelibat Husain dapat ku lihat dari jauh. Tanganku melambai-lambai agar dia dapat melihat aku. Sambil tersenyum, dia melambai kembali, sudah nampak akan aku di dalam.

Kulihat riak wajahnya bercampur baur. Tidak dapat aku untuk mengeluarkan apakah yang sedang beliau alami atau rasai. Namun dia masih mampu untuk menguntumkan senyuman.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam, sihat?”

Begitulah permulaan bicara. Bertanya khabar, bertegur sapa sambil diri masing-masing menceritakan serba sedikit perkembangan diri.

Husain mula membuka mulut, bercerita akan bagaimana dia boleh berada dalam kursus yang dia ambill sekarang. Mungkin pada kebanyakan adalah satu kepelikan untuk seorang Muslim mengambil kursus sedemikian rupa. Namun aku cepat-cepat padamkan kepelikan manusia kebanyakan.

Ada kepayahan dan keperitan dari riak muka Husain. Mengecewakan ibu bapa yang mahu melihat dia mengambil kursus pilhan mereka antara perkara sukar dan terbesar yang pernah dia buat. Namun bukanlah bermakna Husain derhaka. Dia tanpa pernah lelah, sedaya upaya menjelaskan dan menjaga hati mereka berdua. Ada nada berat dalam intonasi suaranya. Sedikit sebanyak aku mula memasuki daerahnya.

Seakan aku berada di gurun kontang ketika malam suram. Kering, sunyi, sakit, keseorangan.

Dia masih terus bercerita dan bercerita. Tidak mahu aku mengganggu. Terkadang dia berhenti memberi peluang untuk aku bersuara, aku cuma mengiyakan sesekali bersuara cuba untuk melancarkan perbualan.

Dari awal lagi aku mahu menjadi pendengar. Mahu menyelami dan mengerti pengalaman dan kehidupannya. Barulah sekarang aku mengerti mengapa penulisannya sebegitu rupa, mengapa sesakali Husain sepi di alam maya.

“When i first get your invitaion, I’m kidda nervous and kept thinking on what sort of questions that you’ll ask me shall we have met. Takut ada soalan yang susah-susah” sambil tersenyum.

“Takdalah Husain, sebenarnya aku prefer dengar je”

Dari riak muka aku dapat lihat kegembiraan pada pihaknya.

“Tapikan Husain, at least kau berani buat satu keputusan atas apa kau rasa kau nak sangat buat yang ramai orang lain tak mampu nak buat”

“But with a price Hasan, with a price…..”

Setiap orang ada kisah silam, ada pengalaman masing-masing yang membentuk dia seperti dia yang sekarang. Mendengar, mengetahui mengenainya membuatkan kita mampu untuk memahami akan setiap dia yang sekarang dan dalam masa yang sama cuba untuk menghubungkan diri kita dengan diri mereka. Dengan itu ikatan persahabatan/ukhuwah/ atau apa sahaja ikatan yang korang nak panggil yang sedia ada akan lebih kukuh. Hargai persahabatan dan kawan disekeliling anda. Cuba ziarah mereka sekali sekala. Siapa tahu dalam sepi mereka menangis keseorangan.

لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفس
Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Hadith ke 13 dari hadith 40)

No comments:

Post a Comment