Bila orang cakap, "Kita perlu berubah menjadi baik, perlu mengisi hidup kita dengan amal kebaikan, kerana kelak kita akan mati dan dihisab oleh Tuhan kita, Pencipta kita, Allah.
Kerana Dia telah mengatakan bahawa tujuan kita diciptakan hanyalah untuk beribadah kepadaNya serta mengajak yang lain (khalifah) di Bumi ini.
Kalau kita beriman, kita percayakan adanya Hari Kiamat dan Hari Pembalasan, dan kita percaya bahawa Dunia ini bukanlah satu-satunya alam kehidupan yang kita ada, maka, buatlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah tak suka (larang)."
Tapi malangnya, kadang kala kata-kata ni bagai sukar untuk ditelan.
Bagai sudah kebal telinga mendengarnya... sehingga tidak langsung terkesan di hati.
Kenapa ye?
Allah dah sebutkan dalam Al-Quran (maksudnya):
"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."
Namun ia bukanlah alasan untuk menyalahkan takdir Allah.
Allah telah menjadikan kita makhluk yang diberi pilihan, samada untuk beriman, untuk mematuhiNya atau tidak.
Allah sebutkan juga dalam surah yang lain (As-Shams) yang bermaksud:
"Then He showed him what is wrong for him and what is right for him,
Indeed he succeeds who purifies his own self.
And indeed he fails who corrupts his own self."
Makanya bererti, Allah beri kita pilihan, Allah beri kita dua jalan yang berbeza. Cuma diri kitalah yang membuat pilihan tersebut dengan takdir Allah.
Dan pilihan yang kita buat itu, semuanya bergantung kepada hati. Hati yang jika ia bersih, maka selamatlah empunya diri. Jika kotor, maka, rugilah.
Sepertinya juga kita menghadapi ujian.
Semestinya kita akan berusaha. Study bagai nak raklah orang kata. Tapi, akhirnya yang menentukan keputusan itu hanyalah Allah.
Samalah juga dengan kehidupan kita. Berusaha, lakukan segala kebaikan, walau di dalam hati berperang hebat dengan syaitan yang sibuk membisikkan, "Tak yah buat baikla. Geli je ko perasan baik. Ko bukan budak2 alim. Malu la wei. Rilex laa... ko ni all-rounders. Cool, hebat, menarik weh! Buat jahat sikit tak de problemnya laa.. Dah tua sikit nak taubat, taubat la. Muda2 ni la ko kena try macam2. Ibadah2 ni leceh laa".
Haa... Kalau ada dalam hati macam tu, cepat-cepat istighfar dan paksa diri buat benda baik. Biarlah awalnya tak ikhlas, tapi insha Allah kita cuba ubahkan diri supaya ikhlas.
Semoga dengan amalan yang kita buat itu mampu membersihkan hati kita yang sering kotor, supaya mudah untuk mendapat hidayah Allah, dan kemudian, insha Allah, segalanya akan smooth...
Opsss... Doa itu usaha juga, dan ia juga senjata seorang Muslim. Maka, jangan lupa untuk berdoa selalu terutama selepas solat. Moga Allah jadikan kita antara orang-orang yang mendapat Hidayah dan dimatikan di dalam Hidayah Islam dan Iman. Insha Allah..
Selamat mencari ketenangan itu!
No comments:
Post a Comment