Syarat syarat tersebut adalah seperti berikut:
Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum hukum syara' dan tidak bercanggah dengan hukum hukum tersebut. Adapun 'amalan 'amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma'siyah, maka tidaklah sekali kali ia dijadikan 'amalan 'ibadah.
'Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarga nya, memberi manfa'at kepada umat seluruhnya dan bagi mema'murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah
Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya: "Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya."(Muslim)
Ketika membuat 'amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum hukum syara' dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
Tidak mencuaikan 'ibadah 'ibadah khusus seperti salat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan 'ibadah 'ibadah umum. Firman Allah yang mafhumnya:
"Wahai orang orang yang beriman janganlah harta harta dan anak anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka niereka sebenarnya orang orang yang rugi." (Al Munafiqun : 9)
kenapa kita melancong? persoalan ini harus dijawab sebelum melancong. adakah kerana tujuan yang baik atau sebaliknya. justeru,niat untuk melancong itu penting.
kemudian janganlah kita membazir ketika kita melancong. niat dah baik,contohnya untuk melihat kebesaran Allah, tetapi untuk mencapai proses itu kita membazir dan membazir itu kan amalan syaitan,jadi jauhkanlah.
dalam pada itu, kita mungkin bermusafir atau tidak, kita harus peka tentang ibadah khusus kita, terutamanya solat fardhu. janganlah kerana melancong kita melencong,solat anda tinggalkan. alangkah rugi dan berdosanya jika itu kita lakukan. ingatlah meninggalkan solat fardhu itu adalah dosa besar. disamping itu tambahlah ilmu tentang musafir,terdapat rukhsah ataupun kesenangan untuk mereka yang bermusafir,sesungguhnya Allah sayangkan hambanya.
ketika melancong itu lihatlah kebesaran Allah,dia yang menciptakan alam ini dan berkuasa atasnya begitu juga kita. muhasabahlah diri kita dengan apa yang kita lihat. ingatlah seindah mana pun pandangan kita,indah lagi balasan Allah kelak.
konklusinya,kita sebenarnya boleh menjadikan apa-apa pun perbuatan kita sebagai ibadah, selagi ia berteraskan syarak dan selari dengan syarat-syarat di atas. maka, melancong juga boleh kita manipulasikan sebagai sumber pahala kita dan juga sebagai medium untuk kita mendekati Allah.
dengan izin Allah,jika kita melakukan sesuatu itu kerana Allah,ataupun untuk mendapatkan keredhaan Allah,pasti ada barakah dan akan dipermudahkan..
sama-samalah kita menambah dan membaiki amal ibadah kita.. =)
No comments:
Post a Comment