Persekolahan anakandaku di Moreland Primary School sudah mencecah minggu ketiga. Sebuah sekolah yang sungguh ceria dari aspek fizikalnya dan kelihatan stabil lagi memberangsangkan dari aspek inteleknya. Guru-guru di sekolah itu amat dedikasi. Kerana itu feedbacknya tentang anakandaku agak berjela panjangnya.
Anakandaku baru kali ini merasai pendidikan formal di sekolah sepanjang hidupnya. Sedar-sedar saja sudah pun memasuki Primary School, Prep Class, seperti darjah 0 kalau dibandingkan dengan pendidikan di Malaysia. Usianya 5 tahun, usia itu terlalu muda untuk bergegas bangun pagi, bersarapan, berjalan kaki selama hampir dua puluh minit, lalu bersedia mengadap pelajaran..biarpun pelajarannya ringan-ringan saja. Kukatakan terlalu muda kerana itu juga yang dikatakan oleh ibu-ibu yang menghantar anak mereka di sekolah yang sama.
Hari-hari pertama bersekolah..yang menangis bukan si anak, tapi bundanya...akulah tu.(hehe..) Komen gurunya..anakandaku terlalu muda, belum bersedia bersekolah sebab mahu dimanjakan seperti baby, tidak tahu menulis namanya sendiri, malah belum mengenal abjad dan nombor, tidak boleh duduk di kerusi lama-lama, tidak tahu menggunakan meja dan sebagainya lagi...panjang lebar komennya. Pada saat itu aku benar-benar berbelah bagi dan bagi aku, aku berdepan dengan suatu kompleksiti yang amat sukar kuuraikan. Bagaimana menyeimbangkan antara meraikan emosi anakku yang sangat kesunyian kerana berjauhan dengan ayahanda dan adiknya, dengan merangsang dirinya untuk matang dan berdikari...
Aku setia mendengar komentar-komentar gurunya itu..sambil cuba berlapang dada biarpun pada awalnya emosiku agak fragile. Lalu aku bertukar-tukar fikiran dengan sahabat-sahabatku, kemudian merenung kembali konteks yang sedang kuhadapi...Tiada sesiapa yang boleh menggesa orang lain untuk jadi matang kerana kematangan terpupuk secara semulajadi..dari interaksi dengan alam, dengan insan dan insan-insan, dengan orang dan orang ramai, dan yang lebih penting ..dengan Pencipta.
Stimulasi ke arah kematangan memang amat perlu secara bertahap. Ini tidak mungkin dicapai oleh pendidik yang tiada sabar. Bagiku, ini suatu cabaran baru buat diriku. Bukan kerana kematangan adalah suatu ‘demand’ dari pihak sekolah itu, tapi kerana anak orang mu’min harus lebih kuat dan ampuh daripada anak-anak mereka yang tidak mengenal iman.
Seperkara yang pasti...biarpun dalam kalangan masyarakat Islam di negaraku, institusi persekolahan di negara maju seperti ini suatu yang kelihatan agak hebat, ada banyak kelemahan di institusi seperti ini yang mungkin ramai yang belum sedar. Kelemahan-kelemahan itu terselindung di sebalik professionalisme, ramah mesra, concern , setiakawan serta komitmen yang mereka tunjukkan. Malang sekali nilai-nilai positif ini tertabir daripada screen kebanyakan masyarakat Islam yang sebenarnya mempunyai manhaj hidup yang lengkap. ..bersambung.
No comments:
Post a Comment