Friday, December 18, 2009

Ulasan ucapan Prof Tari Ramadan

0 komentar
Sebagai seorang Muslim, kita harus akur kita hidup dalam dunia yang serba mencabar. Sejak berlakunya Zaman Renaissance di Eropah, agama berdepan dengan ancaman fahaman-fahaman baru yang bila dilihat dari satu sisi mampu mengoncang. Namun kepercayaan pada Tuhan yang satu itu, fitrah. Tidak akan sekali terkubur.

Masakini seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah akan berdepan pelbagai cabaran. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang hidup dan menetap di negara barat. Permasalahan yang dibawa oleh Prof Tariq Ramadan dalam ucapannya baru-baru ini berkisar sekitar bagaimana seorang Muslim itu dapat mengekalkan kefahamannya terhadap agama (perbuatan dan iktikad) dalam suasana faham barat dan budayanya.

Harus diakui bahawa bukan mudah untuk seorang Muslim menjalani kehidupan di negara ini. Dengan serangan media yang bertali arus mengambing hitamkan Islam dalam segala permasalahan. Menurut beliau, setiap negara Eropah mempunyai satu simbol untuk menyerang Islam. Perancis dengan isu Niqab dan tudungnya, Switzerland dengan isu menara masjidnya dan lain-lain.

Disebabkan oleh tekanan-tekanan ini, Muslim sendiri berasa tidak yakin untuk mengamalkan Islam itu sendiri di negara barat. Inilah masalah utama yang beliau ketengahkan, krisis identiti, kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri dan Islam. Namun siapa harus disalahkan? Segala indoktrinasi ini menyebabkan keyakinan terhadap Islam itu sendiri itu luntur. Malah di satu sisi lain mungkin ada fikiran yang agama Islam itu agama yang susah (berkenaan banyak sangat perdebatan perkara furu’,perkara cabang, menyababkan seseorang itu mungkin berfikir akan keserabutan agama itu sendiri). Walhal agama Islam itu sendiri universal sifatnya. Tidak langsung bercanggah dengan nilai-nilai universal dunia.

Menurut beliau harus untuk kembali kepada makna agama Islam itu sendiri. Harus untuk difahami sedalam-dalamnya akan perkara paling asas dalam Islam. Berkenaan kalimah syahadah (kesan Aqidah). Akan apa sebenarnya menifestasi kalimah itu sendiri dan lain-lain. Kita disibukkan dengan perkara cabang sehinggakan kita tak nampak akan indahnya Islam. Yang nampak hanya kecelaruan dan keserabutan.

Beliau juga menegur akan kurangnya keterlibatan Muslim dalam komuniti Eropah. Bila berdepan dengan isu agama, beranilah mereka-mereka ini kedepan. Bila berkaitan isu sosial dan umum seperti belanjawan negara, ‘climate change’, kerja-kerja sosial dan lain-lain peratusan Muslim yang terlibat amat sedikit. Perkara ini yang menyebabkan timbul perasaan kurang senang masyarakat Eropah, walhal Muslim itu sendiri pemegang kewarnegaraan negara-negara tersebut. Jadi kenapa sepi. Adakah Islam berkisar agama ritual sahaja? Dangkal sangatlah kalau begitu fahamnya akan Islam. Mana konsep syumul yang selalu diratibkan di majlis-majlis ilmu?. Persoalan-persoalan ini yang perlu untuk ditanya kembali kepada seorang Muslim.

Selebihnya dia banyak berbicara soal hati. Hadis ke-enam dalam buku 40 hadis tulisan Imam Nawawi menunjukkan peri pentingnya soal hati bagi seorang Muslim. Bagaimana seorang muslim harus membersihkan hatinya dari segala kekotoran. Aku tertarik apabila beliau bercerita soal Ihsan. Dimana, ketika waktu kecil dahulu beliau balik ke rumah menangis dan bapanya menghampiri dan bertanya, “Tariq, apa yang terjadi? Ceritakan pada bapa”. Tariq masih menangis. “Kalaupun kamu tidak boleh bercerita dengan bapa, berbicaralah dengan Allah kerana die tahu segalanya”. Nah, lihat bagaimana bapanya menanam satu sifat yang sangat mulia di waktu beliau masih kecil.

Disini boleh saya simpulkan akan pentingnya proses membentuk diri dan membentuk hati kita. Supaya kelak kita akan kuat dan dapat terus dapat menyemarakkan bumi ini dengan kalimah tauhid.

Beliau juga mahu membetulkan persepsi kita terhadap bukan Islam. Ya, kita juga mempunyai persepsi buruk terhadap mereka sedangkan mereka manusia juga seperti kita. Untuk kita berkongsi hidup di dunia ini perlu dijernihkan segala pandangan kita terhadap manusia. Sebarkan cinta. Cinta kepada Tuhan yang satu, yakni Allah. Cinta sesama manusia dan alam.

Secara keseluruhannya ucapan beliau sangatlah berkesan dan diharap agar semua yang hadir dan dengar dapat mempraktikkan dan mengamalkan dalam kehidupan.

*Ulasan ini dari perspektif saya yang dhaif. Mungkin kurang tepat dengan apa sebenar yang beliau hedak sampai

Wednesday, December 9, 2009

0 komentar
Keselesaan...

Siapa yang tidak mahu akan "kamu".
Dari celik mata kami apabila terbit fajar sehingga lelap mata kami dikala bulan mengambang kami tetap mencari kamu. Katil dan tilam, ke tandas dan bilik mandi, menyusuri ruang-ruang kediaman, menaiki kenderaan untuk bermastautin di pejabat seterusnya kembali ke katil dan tilam. Kamu adalah perkara yang akan diutamakan.
Kami mungkin tidak sedar kerana kamu bukanlah sesuatu yang unik ataupun luar biasa, kamu adalah rutin kami. Kebiasaan bagi kami.

Namun....

Adakah kamu baik untuk kami?
Persoalan yang mungkin kami jarang atau tidak pernah terfikir?
Dilihat secara kasar, kamu telah berjaya membantu kami berasa gembira dan bahagia. Kamu membuatkan dunia inilah yang terbaik.

Kemudian kami cuba melihat hubungan. Hubungan antara kami dengan pencipta, hubungan antara sesama kami dan hubungan antara kami dengan alam.


Kamu membantu kami lebih senang untuk beribadah kepada Allah,
kamu juga membawa kami lalai kepada Allah.

Kamu membantu kami berhubungan tetapi,
kamu juga memutuskan silaturahim.

Kamu membantu kami menikmati alam ini namun,
kamu juga menggongcang ekologi ini.

Jadi kami harus berfikir, bijak dan peka untuk tidak menerima secara membuta tuli apa yang kamu bawa...


Sunday, November 22, 2009

Ya Allah, timbulkanlah rasa maluku kepada-Mu...

0 komentar

Hadith 20…..

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al Badri r.a. berkata : Rasulullah s.a.w bersabda, “ sesungguhnya sebahagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘bilamana kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu’.” (HR Bukhari)




Entry sebelum ini ‘pemberian yang tak dibalasi’ di kaitkan dengan malunya seorang muslim kepada Allah kerana tidak berterima kasih atas pemberian Islam oleh Allah kepada dia. Nah, apabila muslim itu tiada rasa malu maka terjadilah seperti diatas… muslim yang tidak tahu malu akan berbuat sesuka hati, dan apabila berlaku demikian, dia tidak layak digelar manusia lagi… Wallahua’lam…

Talk with Allah

0 komentar
Ujian itu lumrah kehidupan. Org kata ia mendidik kita utk menjadi lebih matang. Betul ke? Kalau kita pandang sesuatu masalah itu dari sudut yang positif, ia memang merubah. Persepsi kita kena betul apabila berhadapan dgn masalah. Salurannya kena betul supaya kita tidak diapi-apikan, lebih lagi apabila si 'S' juga cuba menyelit mencucuk-cucuk. TIDAK!



Manusia memang akan terus diuji dan diuji. Dan kadangkala kita merasa hilang tempat untuk mengadu, or sometimes we find ourselves struggling for words, trying to explain everything to someone so that she/he knows everything, from A to Z. Keep this in your mind, 'we are not alone, never alone!'. Lupa ye ada DIA yang lebih memahami segala isi hati, walaupun tanpa sepatah lisan?


"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Maha Mengetahui." [Al-Mulk 67:13-14]



Sekadar perkongsian, I found this interesting quotations from random internet searching: Talk with Allah. Moga bermanfaat.



Sayyidi wa sanadi Hadhrat Mawlana Mohammad Taqi Usmani (may Allah preserve him) said, “Develop this habit of talking to Allah. My shaykh Arif-billah Hadhrat Dr Abdul-Hayy ‘Arifi (may Allah have mercy on him) told this to us repeatedly. Sit in solitude and contemplate that I am infront of Allah. Tell Him everything that is on your mind and bothering you. Your past mistakes, the present difficulties and future apprehensions . Tell Him in detail and ask for guidance and help. InshaAllah, in addition, to relieving your anxiety it will lead to the creation of a bond between you and your Lord, Allah (ta’luq ma Allah).”



:)

Monday, November 16, 2009

The Melbourne Story I

0 komentar
Dalam masa beberapa minggu lagi, aku akan memakai jubah hitam berlining silk warna green olive. Tak sangka, sudah tiga tahun aku di sini. Dan akan bergraduasi tak lama lagi. Masih mudah untuk kuimbas kembali saat-saat pertama menjejakkan kaki di bumi kanggaru (oh ayat cliche) ini. It felt like just yesterday.

Kami berjalan beriringan, menolak troli luggage when Esther, my chinese friend suddenly exclaimed "Eh, I like the weather, lah. So cool, nice and dry. Just right!"

Yeah, aku angguk setuju. Angin menepis pipi sekali-sekala. Sememangnya terasa kelainan the instant we were outside the terminal.

I arrived with 6 fellow MOE scholars with me being the only muslim girl among us. I had no idea what awaited me. But the feeling of excitement surpassed the nervousness and fear. Adventure? bring it on! I'm all for it.

---to be continued after I sit for my final paper of the finalest final exam :p

Berubah

0 komentar
Pernah rasa tak, susahnya nak berubah.
Bila orang cakap, "Kita perlu berubah menjadi baik, perlu mengisi hidup kita dengan amal kebaikan, kerana kelak kita akan mati dan dihisab oleh Tuhan kita, Pencipta kita, Allah.
Kerana Dia telah mengatakan bahawa tujuan kita diciptakan hanyalah untuk beribadah kepadaNya serta mengajak yang lain (khalifah) di Bumi ini.
Kalau kita beriman, kita percayakan adanya Hari Kiamat dan Hari Pembalasan, dan kita percaya bahawa Dunia ini bukanlah satu-satunya alam kehidupan yang kita ada, maka, buatlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah tak suka (larang)."

Tapi malangnya, kadang kala kata-kata ni bagai sukar untuk ditelan.
Bagai sudah kebal telinga mendengarnya... sehingga tidak langsung terkesan di hati.
Kenapa ye?

Allah dah sebutkan dalam Al-Quran (maksudnya):
"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

Namun ia bukanlah alasan untuk menyalahkan takdir Allah.
Allah telah menjadikan kita makhluk yang diberi pilihan, samada untuk beriman, untuk mematuhiNya atau tidak.

Allah sebutkan juga dalam surah yang lain (As-Shams) yang bermaksud:
"Then He showed him what is wrong for him and what is right for him,
Indeed he succeeds who purifies his own self.
And indeed he fails who corrupts his own self."

Makanya bererti, Allah beri kita pilihan, Allah beri kita dua jalan yang berbeza. Cuma diri kitalah yang membuat pilihan tersebut dengan takdir Allah.
Dan pilihan yang kita buat itu, semuanya bergantung kepada hati. Hati yang jika ia bersih, maka selamatlah empunya diri. Jika kotor, maka, rugilah.

Sepertinya juga kita menghadapi ujian.
Semestinya kita akan berusaha. Study bagai nak raklah orang kata. Tapi, akhirnya yang menentukan keputusan itu hanyalah Allah.
Samalah juga dengan kehidupan kita. Berusaha, lakukan segala kebaikan, walau di dalam hati berperang hebat dengan syaitan yang sibuk membisikkan, "Tak yah buat baikla. Geli je ko perasan baik. Ko bukan budak2 alim. Malu la wei. Rilex laa... ko ni all-rounders. Cool, hebat, menarik weh! Buat jahat sikit tak de problemnya laa.. Dah tua sikit nak taubat, taubat la. Muda2 ni la ko kena try macam2. Ibadah2 ni leceh laa". 

Haa... Kalau ada dalam hati macam tu, cepat-cepat istighfar dan paksa diri buat benda baik. Biarlah awalnya tak ikhlas, tapi insha Allah kita cuba ubahkan diri supaya ikhlas.

Semoga dengan amalan yang kita buat itu mampu membersihkan hati kita yang sering kotor, supaya mudah untuk mendapat hidayah Allah, dan kemudian, insha Allah, segalanya akan smooth...

Opsss... Doa itu usaha juga, dan ia juga senjata seorang Muslim. Maka, jangan lupa untuk berdoa selalu terutama selepas solat. Moga Allah jadikan kita antara orang-orang yang mendapat Hidayah dan dimatikan di dalam Hidayah Islam dan Iman. Insha Allah..

Selamat mencari ketenangan itu!

Pemberian yang tidak dibalasi.....

0 komentar




Allah berfirman....





Dari ayat Allah diatas....dan juga kita semua tahu yang anugerah Allah terbesar kepada manusia ialah Islam....

Persoalannya disini...Apakah kita ini tahu 'malu'? Apakah kita ini boleh dikatakan orang yang tidak tahu perkataan 'terima kasih'?

Malulah kita kepada Allah...karunia yang sgt besar di remeh-remehkan...karunia besar tidak tahu di'terima kasihkan' kembali....

Mungkin kita bertanya pd diri kita..."apakah kewajibanku untuk terima kasih kepada Allah?"
Maka jika difikirkan kembali...aku hidup di akhir zaman...di kalangan ummat Rasulullah s.a.w....dikarunia Islam oleh Allah dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w....
Tidakkah sepatutnya aku tunjuk yang aku ini pengikut telunjuk Rasulullah s.a.w. yang tulus dan setia, kerana Islam itu 'hadiah' yg terbesar buatku?

Maka itu adalah tanda terima kasihku kepada Allah kerana karunia yg besar itu....menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.....

Mungkin kita bertanya lagi pd diri kita...."bagaimana kita boleh jadi Muslim dalam erti kata yang sebenarnya?"...

Maka kita berfikir sejenak...adakah aku ini benar2 Muslim pd pandangan Allah? Apakah aku tahu erti Kalimah Syahadah yang aku lafazkan sebagai tanda keIslamanku? Allah bantulah aku dalam menyelesaikan puzzle ini....

Tinnnngggg....

Fikiran jadi tenang...Mengapa tidak aku cari, baca, explore....apakah yang membolehkan aku menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenar.... (key point nya penngetahuan)

Tidak mungkin seorang professor menjadi professor dengan tiada pengetahuan dalam bidangnya...tidak mungkin jurutera awam, menjadi jurutera dengan hanya dia mengaku dia sebagai jurutera awam...Nah, mana mungkin aku mengaku sebagai Muslim tidak tahu bagaimana boleh menjadi Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.....

Fikiran berjalan lagi.......................

Wallahua'lam

p/s: nukilan diatas hanya pertanyaan dan persoalan serta pemahaman penulis ketika membaca buku 'Manhaj Hidup Muslim'...hasil tangan Abu'l A'la Al-Maududi....segala kesilapan adalah kelemahan penulis...Wallahua'lam.....

Bacalah buku ini agar mendapat cetusan turning point agar kita boleh menjadi Muslim dalam erti kata sebenar...in sya Allah...











Wednesday, October 28, 2009

Cerita pendek.

0 komentar
Dia bingung. Diamati satu persatu perkataan yang tersusun di atas helaian kertas di atas mejanya. Orang kata itu indah dan punya maksud. Namun dia masih bingung, ada sedikit benci mungkin.

Ditoleh ke sebelah kanan, Shakespeare sedang asyik menulis. Entah apa yang ditulis dia pun tidak tahu. Mungkin babak tambahan dalam ‘Macbeth’. Mungkin. Tidak mahu dia mengganggu. Shakespeare insan misteri, bercakap dengannya jarang sekali.

Di penjuru bilik G. Eliot seronok bergurau senda dengan Hemingway. G. Eliot tertahan-tahan gelaknya mendengar jenaka Hemingway. Tidak mahu Eliot melepaskan tawanya sepuas-puas, ada malu. Perempuan.Masih mengawal kemanisannya. Hemingway tersenyum. Jenakanya sering mengembirakan hati rakannya. Seronok beliau melihat rakannya itu gembira. Setiap untaian senyuman dan tawa mencarik resahnya, pada hemat Hemingway.

Belakang bilik, meja empat bersambung, Enid Blyton khusyuk bercerita kepada Emilia Lanier, Al-Khansa dan Dickens. Namun sesekali beliau terlepas gosip-gosip panas yang kadang membuat pendengar semakin menumpu, bukan pada cerita tapi pada gosip. “psssttt, pedulikan cerita. Gosip mana?”

Mozart, terkumat-kamit mulutnya sambil tangan menulis seakan not-not lagu. Gubahan baru pasti. Sesakali diganggu oleh Kafka yang sering mengatakan musik itu rendah dan tak mampu merubah.Mozart mengerling, namun Mozart tak langsung mengambil pusing. Terus menulis. Landskap musik dunia mungkin sekali lagi berubah.

Jalaludin Rumi dan Hamzah Fansuri sibuk berdebat disulami syair-syair dan sajak-sajak di tengah bilik ini. Sesekali keras bunyinya, terkadang lembut menyentuh jiwa. Berdebat,berhujah tapi bertumbuk jauh sekali. Bukan budaya, tidak ada gaya, bila kekerasan mengambil tempat.

Tapi dia masih bingung. Tidak faham dan sebolehnya tidak mahu faham.

“Teacher, why do i have to learn this?”

Tersenyum cikgu itu bila diajukan soalan itu. Teserlah di wajahnya akan sinar lembut seorang ibu.

***

Setelah 4 tahun berlalu, kaki berpijak di tanah lain. Udara dingin dihirup dalam. Sesekali terbatuk. Kembali dia menyelak helaian kertas itu. Kali ini dia tidak bingung. Dia tersenyum. Dia faham. “The Road not Taken” dan “Si Tenggang’s Homecoming” akhirnya memberi makna.

“Teacher, now I understand”

Berlalu dia pergi dihujani daun-daun kering kekuningan yang luruh.

*setiap jalan yang dilalui setiap pengalaman yang ditempuhi mungkin akan merubah diri kita. Sudut pandang, sudut fikir, dan sudut analisis akan sesuatu. Hendaknya ditambat hati ini atas jalan yang lurus.

Friday, October 9, 2009

SubhanAllah, Masya Allah, Alhamdulillah...bagaimanakah kita?

0 komentar
Video di bawah, seorang budak lelaki arab berumur 3 TAHUN menghafal seluruh Al-Quran...hayatilah...renungkanlah diri...

Mungkin kita katakan, suasana budak itu dilahirkan sebagai seorang berbahasa Arab, bahasa Al-Quran...tapi...apakah yang budak berumur 3 tahun tahu berkenaan bahasa Arab...3 tahun...kanak-kanak di Malaysia pun tidak tahu lagi bahasa Melayu dengan betul...Renungkanlah...Allahuakbar...(refleksi pada diri adalah paling banyak)...in sya Allah...

Monday, September 14, 2009

Procrastination

0 komentar
How will the Shaytaan sit in your face?

He will tell you to study tomorrow, and when tomorrow comes, study tomorrow. Procrastination is from the Shaytaan!
Shaytaan will tell you that you are busy now and that later in your life you shall take the time out to study Islam. After marriage, after graduation, after you get a job. Life shall pass and the 'after' shall live forever.
Shaytaan will tell you that the situation of the Ummah is lost and that you studying will not help anything, so don't waste your time. Combat this with what you've seen from the Jihad of knowledge and teaching that Rasul Allah (sallallahu 'alahi wasallam) and those that came before us did.
Shaytaan will tell you that there are enough scholars, they don't need you. Combat this with the fact that scholars shall die, and if the knowledge is not passed on to the next generation, it shall die in the community. There are 1.4 billion Muslims and the problem that always comes up is that there are not enough teachers and scholars. Everyone is a shepherd and everyone shall be responsible for his or her flock!
Thirdly: We should never forget to pray to Allah to bless us with His Mercy in succeeding in our intentions to learn Islam for His sake.

Allah ta'aala says [When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he calleth on Me…] Surah al-Baqarah, 186

Let us pray to Allah Ta'ala now to make this effort we are doing to learn His Deen, to learn His Shariah, sincerely for His sake. And that He blesses us by His Mercy to succeed in what we intend. Verily, He has the Power to do anything.

Read a lot more amazing articles here

Wallahu ta'ala a'lam

Wednesday, September 9, 2009

0 komentar
Mendidik Da'i Kecil 2 -dari diari seorang bunda

Hmmm...apa agaknya yang dapat kita capai bila membesarkan anak-anak dalam sistem barat di negara barat sendiri?

Sesetengah ibu bapa mungkin merasakan menyekolahkan anak-anak dalam sistem dan di lokasi tersebut suatu ancaman. Mungkin juga...malah mungkin juga tidak.

Tapi..ini kaca mata diriku. Aku melihat seluruh alam yang terbentang ni sebagai milik Allah dan seluruh manusia yang aku berinteraksi dengan mereka sebagai makhluq Allah, regardless Muslim atau tidak mereka tu. Bertitik tolak dari premis ini aku mengatakan bahawa ancaman berada di mana-mana: sama ada dalam sistem pendidikan yang namanya Islam atau yang bukan Islamic, sama ada di negara yang namanya Islam atau yang bukan negara Islam.

Kenyataan ni bukan untuk meremehkan usaha sesiapa. Bagus kalau dapat establish sekolah Islam, aku sangat-sangat menghargai usaha yang sangat rumit tersebut. Kalaulah sistem persekolahan Islam accessible utk aku masa ni dari segi geographical location dan juga financial eligibility, mungkin aku juga sekolahkan anak dalam institusi seperti itu. Tapi kalau tidak macam tu..nak buat macamana?

So, pagi ni aku menulis utk merenung2 senario ini...menyekolahkan anak di dalam sistem persekolahan barat di negara barat...Agak2nya apa ramuan yang perlu ada untuk berdepan dengan situasi ini?

Sebagai insan yang tidaklah berilmu, cuma ada sedikit pengalaman, aku kira perkara2 di bawah ni amat perlu dalam menghadapi situasi tersebut:

1. Follow up

Sebagai ibu atau bapa, bersembang dgn anak2 amat penting. Soalan2 seperti: "Abang main ape kat sekolah hari ni?", "Best tak kakak makan hari ni?"- biarpun nampak simple, ia amat crucial. Melalui soalan2 macam nilah ibu bapa dapat kenal pasti nilai-nilai yang terselindung dalam aktiviti seharian anak-anak. Bolah jadi ada di kalangan kawan2 anak2 perempuan yang sudah membanding-bandingkan alat make up sesama mereka. Adakah itu baik, atau tidak baik...ibu bapalah yang harus memberikan channel untuk mereka. Atau jika bersekolah di kalangan Muslim minoriti, boleh jadi tudung kepala yang anak anda pakai diejek-ejek kawan2nya. Jadi apa pilihan yang anda dan anak anda ada? Sama2 fikirkan.

2. Berani bersuara

Dalam sistem persekolahan anak aku ni, waktu sekolah bermula jam 9 dan berakhir jam 3.30 setiap petang. Ini bermakna, sewaktu berada di dalam sekolah, dua waktu solat dilewati (dilalui). Macamana agaknya nak latih anak, terutamanya yang sudah berumur tujuh tahun, mendirikan solat?

Satu perkara positif yang juga berbentuk 'opportunity' utk kita adalah sikap masyarakat barat yang sangat terbuka. Mereka sangat2 menghormati budaya orang lain. Maka dengan opportunity ini, terserahlah pada ibu bapa untuk request dari pihak sekolah bagi anak2 mereka menunaikan solat. Solat bukannya lama pun, cuma 5 hingga 10 minit.

Dalam saat2 macam ni, memahami fiqh Islam yang sangat flexible amatlah penting. Membesarkan anak2 dalam suasana masyarakat international, mindset ibu bapa juga jarus internasional. Apatah lagi kita Muslim -Islam kan universal.

Persoalan2 tentang 'camana nak solat..pegi toilet pun tak cuci najis dgn air?'.. 'atau camana tak nak basahkan toilet mat salleh yang serba kering waktu amik wudu'?' adalah persoalan2 biasa kalau kita tak biasa. Cara mengatasi lalu menjawab persoalan2 ni biasa je...bawak je laa botol air mineral ke sekolah. Make sure sebelum masuk toilet isi air dalam botol tu..boleh lah guna utk bersuci. Amik wudu' pulak, gunakan saja mash al-khuf (mengusap kasut atau stokin dengan air, tak payah buka kasut dan stoking utk basuh kaki...yes, perkara ini dibahaskan dan ‘ulama’ ada pandangan yang berbeza tentang ini). Mungkin bagi sesetengah org ini sesuatu yang luar biasa, tapi sebenarnya, perkara ni ada dalam kitab fiqh, bukan asing dalam Islam.

So, di sini, bukan saja si anak diajar tentang dinamiknya Islam, malah juga si anak diajar bersifat fleksibel lagi tau memberikan prioriti. Janganlah sampai miss solat sebab perkara2 kecik: toilet kering atau takut request 10 minit dari cikgu. Dalam masa yang sama, budaya mat salleh yang jaga toilet daripada basah2 pun dapat dihormati. Tak de la diorang fikir Muslims ni messy...

3. Support system

Nak membesarkan anak2 dalam sistem pendidikan barat dan di negara barat tak boleh dilakukan sorang2. Tenaga individu sangat terhad, dan banyak lagi keterbatasan lain yang kita ada sebagai individu, kalau tak ada support system yang baik. Kita sendiri mungkin jatuh sakit, atau mungkin cakap2 kita kurang praktikal pada anak2 kecuali setelah dia dapat melihat kawan2 kecil sebaya dgnnya melakukan satu perkara baik. Di sinilah support system memainkan peranan.

Kenal pasti siapa orang di sekeliling anda, bagaimana cara hidup mereka, apa topik perbualan mereka dengan anak mereka, apa rancangan kegemaran yang ditontoni mereka sekeluarga, apa jenis hiburan yang mereka suka, apa jenis makanan yang mereka makan, apa bentuk permainan yang diberikan pada anak mereka?

Awas, children learn what they live...itu kata2 Irish poet yang sering terngiang2 di telingaku. Kalau settle persoalan2 di atas, anda selamat untuk meninggalkan anak anda bergaul dengan keluarga lain di luar pengawasan anda. Kalau tidak, cari-cari dan cari lagi, serta berdo'alah..pasti ada bentuk hidayah Allah di mana2.

Untuk aku sendiri, aku teringat2 sepupu anakku dengan personalitinya yang bersahaja (baru 7 tahun) mengajak anakku solat berjemaah, memakai tudung..sambil2 menuding jari ke arah tv dan mengajar anakku.."eee tu tak soleh.." personaliti macam ni..itu yang boleh buat kawan.

4. Rutin di rumah

Mau tak mau, ibu bapalah yang determine corak mana yang nak dilakarkan pada anak2. Cara hidup ibu bapa di rumah itulah yang bakal mewarnai nilai, jiwa, pemikiran, perspektif, jati diri, personaliti dan perwatakan anak2. Ini suatu proses (seperti printing proses) yang sangat2 komplikated. Tidak sesimple kertas atau kain putih, anak2 kita ada jiwa, ada emosi. Acuan yang membentuk jiwa dan emosi mereka bukan semata2 acuan intelek, tapi acuan 'iman' dgn seluruh kedalaman dan keluasan yang meliputi kalimah tersebut.

Persoalannya di sini...cukupkah kita mengimani IMAN dan segala tuntutannya dalam rutin hidup kita: citarasa, aktiviti seharian -mana tempat yang anda pergi, di mana masa anda dihabiskan; perbualan seharian, pembacaan seharian? Telah cukupkah semua ini?

Kesimpulannya...mampukah kita membesarkan anak2 dalam sistem pendidikan barat dan di negara barat? Allah telah beri modal 'aqal, ruh, jasad dan hati pada semua org. Cabaran berada di dalam mana2 sistem memang ada...sekiranya kita salah seorang yang telah tercampak dalam sistem yang mencabar, bersedialah 'bertempur'. Sesungguhnya kita tidak punya pilihan melainkan 'bertempur'. Namun pilihlah dalam pertempuran tersebut utk jadi 'air' atau jadi 'batu'. Untungnya menjadi air yang flexible, biar nampak lemah, namun mampu memecahkan batu.

*Best gak kalau jadi ikan di laut, tetap seperti dirinya walau di laut masin...hehe...

Tuesday, September 1, 2009

Sabar

0 komentar


Orang arif berkata: 'Musibah boleh dihadapi dengan sabar oleh orang Mu'min, tetapi kesenangan tidak dapat dihadapi dengan sabar kecuali orang yang mencapai derajat shiddiq.' - dari buku 'Mensucikan Jiwa' Said Hawwa

Tuesday, August 25, 2009

Quranic Reflections

0 komentar
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
How are you this Ramadhan? It's the fifth day of the blessed month. Are you going strong with the momentum or has it being decreased linearly with time by the damping force of this dunya and the friction of our own nafs? (hopefully not exponentially though!).

Anyway, hati ini mahu berkongsi 'penemuan' terbaru.. hehe. Anyone heard of Amr Khaled? Subhanallah a talented speaker.. Nak kongsi a book of his..

Quranic Reflections
(Don't save target as! click here and pilih file yang tulis Amr Khaled Quranic Reflection part 1, 2 and 3 pdf)

Excerpt from the introduction part of the book...

"The idea behind this book haunted me for ten years, especially in Ramadan of each year, when Muslims all over the Islamic world dedicate their time to reading the entire Qur’an during this blessed month. However, I found it truly regrettable that this genuine desire to read the Qur’an was not associated with a clear understanding of each surah’s objectives, reasons of revelation, and the core message addressed to us. As a result, I found people reading the Qur’an and feeling that its meanings were somewhat alien to them. Some might even find them enigmatic or meant to be read without proper understanding of their essence or purposes. Others might grasp the meaning of the wording of the ayahs, but find no connection between one ayah and the next, and instead consider them a series of unrelated ayahs in one surah. They might even think that there is no main objective that links all the ayahs of the surah. This is the cornerstone of this book. It is a humble piece of work that breaks the barriers between the youths of our Ummah and the Noble Book of Allah (SWT)...."

Saye tak baca lagi.. tapi hope you all can benefit from it :D InsyaAllah saya pun akan baca!!!

Semoga tilawah kita bukan sekadar tilawah nak memperhabis Quran cepat-cepat.

Teringat ada sorang ustaz tu kata.. kalaulah nak baca quran setakat nak dpt pahala, takyah susah-susah Allah turunkan satu quran tu (of course sebenarnya tak susah bagi Allah..) .. sebab baca Alim Lam Mim pun dapat pahala 10, 10 dan 10.. bacelah ulang2 insyaAllah dapat jugak pahala.. tapi Quran ada banyaaaaaak sgt lagi yang kita boleh and HARUS or WAJIB amek because of course, IT IS OUR GUIDE OF LIFE!!!..

Okies everyone! Selamat berpesta ibadah.. insyaAllah meraih TAQWA...

Friday, August 21, 2009

STRESS???!!!

0 komentar
TERAPI StRReSs paling efektif....

Ali Al-Qarni dalam Syarh Musnad Ahmad menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Orang yang memperbanyak ISTIGHFAR,
maka Allah s.w.t. akan menjadikan...
kesedihannya kebahagiaan,
kesempitan menjadi kelonggaran
serta memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim dari sahabat Ibn Abbas r.a.)

Thursday, August 20, 2009

Ramadan dan hati seorang ibu

0 komentar
(Mendidik Da'i Kecil 3: Dari Diari Seoarang Ibu)

Hari ni aku bagaikan tersentak dari lena yang sangat panjang. Panjangnya tak boleh diukur dengan apa jua instrument yang wujud di alam 2D dan 3D..dan tahap tersentaknya aku dari tidur itu juga tidak boleh dihitung atau dinisbahkan.

Anak adalah suatu amanah. Ayat ini sangat2 biasa didengar. Sejauh mana ayat ini bagi pengertian untuk seorang ibu, seorang bapa, seorang anda dan seorang aku? Hari ini baru aku sedar betapa kurang mengertinya aku pada ayat ini. Aku bersyukur pada Allah kerana telah pun memberi sedikit pengertian tentang ayat tu hari ini untuk aku yang sangat2 daif dan jahil ni. Alhamdulillah kerana pengertian yang sedikit itu sampai bukan esok, bukan dua puluh tahun lagi yang pada waktu tu anak aku mungkin sudah pun mendirikan rumahtangga.

Saat-saat awal hidup manusia adalah saat-saat paling mudah utk dibentur. Saat-saat inilah ibu bapa sangat-sangat perlu menyedari hakikat ayat di atas: "Anak adalah amanah."

Perkara ni nampak mudah..tapi sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Apatah lagi bagi ibu bapa yang berkerjaya. Begitu juga dengan ibu bapa muda yang melahirkan anak atau anak2 sewaktu masih dalam pengajian, baik di peringkat sijil, diploma, ijazah, sarjana muda atau sarjana tua. Sudah tentulah ini merupakan suatu cabaran.

Apa yang diperlukan untuk memenuhi amanah tersebut? Camana nak buat untuk jaga amanah tu?

Soalan2 ni akan dijawab berpandukan buku "Mendidik Anak bersama Nabi s.a.w." karangan Muhammad Suwaid. ....insyaAllah, Ramadan ini...wslm.

Sunday, August 16, 2009

my moon~ ^^

0 komentar
ok people, my moon is coming, my ramadhan is coming..excited tak?
come on!! excited lah ckitttt!! excitedkan...excitedkan... (ckp pd diri sendiri k =).) hehe ^^

this is Ramadhan, a mega sale month! rugi.rugi kalau tak membeli.rugi!
oh lovely moon, here a poem for u.

A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It's a continuous training to strengthen our Imaan.

Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past

Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind

Ok.aim ramadhan ini, saya naaakk.....

1. Untuk meninggalkan ...

2. Untuk meninggalkan ... juga

3. Untuk ............

4. Untuk ..........

dan lain2. =) (set aim jom!) ^^


"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam." ((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih

Read Quran with IMAX! (Part 1)

0 komentar

Read Quran with IMAX?!! What are you talking about, kak? IMAX ni... untuk tengok movie Harry Potter dalam 3D kat Museum Melbourne tu. Nanti dulu, nanti dulu. Mari akak nak explain sikit.

Cam ni, tak tahulah adik2 rasa macamana.. tapi selalu jugak bila akak baca Quran, tapi macam tak faham je. Sekadar baca untuk menenangkan fikiran... kerana bunyinya yang merdu. Tapi ketenangannya akak rasa... taklah lama. Cuba baca jugak terjemahan Quran, tak faham jugak. Maka Quran itu... tidaklah memberi kesan ke dalam kehidupan seharian akak. Quran tidak mempengaruhi bagaimana akak berfikir, bertindak dan membuat pilihan. Dan akak pun tak kisah perkara ini berlaku...

Sampailah hari tu.. ... akak ada dengar ceramah. Tentang macamana kita nak mendekatkan diri dengan Al-Quran. Itu yang akak nak share apa akak belajar ni...
Cuba adik2 baca ayat di bawah dengan pelbagai intonasi (mengikut emoticon di sebelahnya):
Jemputlah makan (lembut)!
Jemputlah makan (garang)!
Jemputlah makan (perli))!
Jemputlah makan (merayu)!

Cuba adik2 lihat... satu ayat, boleh dibaca dengan pelbagai intonasi... membawa pelbagai maksud.... dan membawa pelbagai ‘feeling’.

Itulah dia kelebihan bahasa Arab. Sesuatu ayat di dalam Bahasa Arab itu boleh terus dibaca dengan feelingnya sekali. Tak payah letak apa2 emoticon. Best tak?!!!
Jadik... antara perkara-perkara asas untuk kita mendekatkan diri dengan Al-Quran ialah mempelajari bahasa Arab. Itulah yang dimaksudkan dengan Read Quran with IMAX... Quran tu bukan 1D, tapi 2D atau 3D. 2 dimensi atau 3 dimensi yang dimaksudkan di sini adalah kerana Al-Quran itu hidup, disampaikan dengan ‘feeling’ dan harus disambut dengan feeling (hati). Ianya bukan sekadar maklumat semata-mata. Tapi untuk nak bagi kita nampak 2D/3Dnya kenalah pakai cerminmata IMAX. Bahasa Arab adalah salah satu ‘tools’(= IMAX) untuk kita rasakan ‘feeling’ di dalam Al-Quran.
Banyak lagi akak nak cerita. Tapi kita sambung lain kali ye... Oh ye, lepas baca ni, nanti share dengan kawan2 erk....

Wednesday, August 12, 2009

10 sahabat yang dijamin ke syurga..

0 komentar

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.

Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadiets.


2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dizaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.


3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.


5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.


6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.


7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.


9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.


10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Tuesday, August 11, 2009

Another Chapter of Your Live ( iklan brothers)

0 komentar

mari duduk dengan ku,kita beriman sejenak...
mari kita mengetahui matlamat hidup kita..

jom kita ramai-ramai pakat p bouverie, 14hb ogos 2009, jam 7pm - 10.15pm... =)

manipulasi..

0 komentar
adakalanya kita mendengar bahawa melancong itu tidak bagus? tidak berfaedah? membazir? betul ke? ....mari kita fikirkan sejenak...

"tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mereka beribadah kepadaku" az-zariyaat;56

apa yang kita paham tentang ibadah? mengucap dua kalimah syahadah? solat? puasa? bayar zakat? menunaikan haji? inilah yang sering disalah tafsir tentang ibadah. ramai di antara kita hanya mengatakan inilah ibadah,dah buat semua cukuplah beribadah. apakah ibadah?

ibadah ialah tunduk dan patuh yang sepenuhnya kepada Allah SWT , disertai dengan rasa kasih, redha dan yakin dengannya.

daripada definisi di atas dapat disimpulkan yang ibadah bukan hanya sekadar solat,puasa dan zakat,ibadah merangkumi skop yang luas. hampir setiap perbuatan kita jika dilakukan kerana Allah akan dikira ibadah. terdapat syarat-syarat agar perbuatan itu di kira ibadah.




























Syarat syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum hukum syara' dan tidak bercanggah dengan hukum hukum tersebut. Adapun 'amalan 'amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma'siyah, maka tidaklah sekali kali ia dijadikan 'amalan 'ibadah.

  2. 'Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarga nya, memberi manfa'at kepada umat seluruhnya dan bagi mema'murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah

  3. Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya: "Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya."(Muslim)

  4. Ketika membuat 'amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum hukum syara' dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.

  5. Tidak mencuaikan 'ibadah 'ibadah khusus seperti salat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan 'ibadah 'ibadah umum. Firman Allah yang mafhumnya:

"Wahai orang orang yang beriman janganlah harta harta dan anak anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka niereka sebenarnya orang orang yang rugi." (Al Munafiqun : 9)


kenapa kita melancong? persoalan ini harus dijawab sebelum melancong. adakah kerana tujuan yang baik atau sebaliknya. justeru,niat untuk melancong itu penting.

kemudian janganlah kita membazir ketika kita melancong. niat dah baik,contohnya untuk melihat kebesaran Allah, tetapi untuk mencapai proses itu kita membazir dan membazir itu kan amalan syaitan,jadi jauhkanlah.

dalam pada itu, kita mungkin bermusafir atau tidak, kita harus peka tentang ibadah khusus kita, terutamanya solat fardhu. janganlah kerana melancong kita melencong,solat anda tinggalkan. alangkah rugi dan berdosanya jika itu kita lakukan. ingatlah meninggalkan solat fardhu itu adalah dosa besar. disamping itu tambahlah ilmu tentang musafir,terdapat rukhsah ataupun kesenangan untuk mereka yang bermusafir,sesungguhnya Allah sayangkan hambanya.

ketika melancong itu lihatlah kebesaran Allah,dia yang menciptakan alam ini dan berkuasa atasnya begitu juga kita. muhasabahlah diri kita dengan apa yang kita lihat. ingatlah seindah mana pun pandangan kita,indah lagi balasan Allah kelak.

konklusinya,kita sebenarnya boleh menjadikan apa-apa pun perbuatan kita sebagai ibadah, selagi ia berteraskan syarak dan selari dengan syarat-syarat di atas. maka, melancong juga boleh kita manipulasikan sebagai sumber pahala kita dan juga sebagai medium untuk kita mendekati Allah.

dengan izin Allah,jika kita melakukan sesuatu itu kerana Allah,ataupun untuk mendapatkan keredhaan Allah,pasti ada barakah dan akan dipermudahkan..

sama-samalah kita menambah dan membaiki amal ibadah kita.. =)

Wednesday, August 5, 2009

Shhh ini bola kan?

0 komentar

Haa! Season EPL dah nak membuka tirai, masing-masing dah buat percaturan akan team mana yang ada harapan besar merangkul kejuaraan. Korang jangan main-main. Budak-budak yang suka bola ni pantang dikutuk akan team derang, konfem naik minyak. Tak pon boleh tak bertegur sapa berminggu-minggu. Jadi jagalah bahasa anda dikala season bola nak start ni.


Apa-apa pun ni ada satu anologi yang boleh dikaitkan dengan bola. Atas tu mukaddimah je. Yang ni yang penting. Perlawanan bola sepak memang berkisar antara pertembungan dua pasukan untuk menang. Jadi kalau la satu pasukan ni masuk padang, lenggang kangkung, main o-som, borak-borak dalam padang, tiba-tiba team lawan score.


Bila team lawan score mulalah melenting.


"weh, lu apasal sesuka hati je score ni"


Ikut rasional akalnya, sapa suruh team tu relaks tak buat apa-apa. Sekurang-kurangnya bersedia dan bermainlah bersama. Bukannya masuk-masuk dalam padang buat dunno je. Bila gol, marah, mulalah salahkan team lawan la, salahkan ref la, salahkan penganjur la, salahkan fan la dan lain-lain.


Sedih. Sebab sedar tak sedar benda ni dah menular dan banyak berlaku. C'mon la, boleh kurangkan menyalahkan orang lain tak dan get back into the game tak. Atur strategi defensive,offensive, apa bagai. Yang penting kene bekerja. Adat main bola la kene jaringkan gol. Jangan salahkan pihak lawan sebab jaringkan gol. Salahkan pasukan.


Bila satu team main cantik dan menang ke atas team lain. Orang akan respek. Macam erm.... tak nak la bagi nama team. Nanti melenting pulak fan-fan bola ni. :)


Kurangkan bercakap, kurangkan menuding jari. Banyakkan bekerja.


Monday, August 3, 2009

Mendidik Da'i Kecil... -dari diari si bunda

0 komentar
Persekolahan anakandaku di Moreland Primary School sudah mencecah minggu ketiga. Sebuah sekolah yang sungguh ceria dari aspek fizikalnya dan kelihatan stabil lagi memberangsangkan dari aspek inteleknya. Guru-guru di sekolah itu amat dedikasi. Kerana itu feedbacknya tentang anakandaku agak berjela panjangnya.

Anakandaku baru kali ini merasai pendidikan formal di sekolah sepanjang hidupnya. Sedar-sedar saja sudah pun memasuki Primary School, Prep Class, seperti darjah 0 kalau dibandingkan dengan pendidikan di Malaysia. Usianya 5 tahun, usia itu terlalu muda untuk bergegas bangun pagi, bersarapan, berjalan kaki selama hampir dua puluh minit, lalu bersedia mengadap pelajaran..biarpun pelajarannya ringan-ringan saja. Kukatakan terlalu muda kerana itu juga yang dikatakan oleh ibu-ibu yang menghantar anak mereka di sekolah yang sama.

Hari-hari pertama bersekolah..yang menangis bukan si anak, tapi bundanya...akulah tu.(hehe..) Komen gurunya..anakandaku terlalu muda, belum bersedia bersekolah sebab mahu dimanjakan seperti baby, tidak tahu menulis namanya sendiri, malah belum mengenal abjad dan nombor, tidak boleh duduk di kerusi lama-lama, tidak tahu menggunakan meja dan sebagainya lagi...panjang lebar komennya. Pada saat itu aku benar-benar berbelah bagi dan bagi aku, aku berdepan dengan suatu kompleksiti yang amat sukar kuuraikan. Bagaimana menyeimbangkan antara meraikan emosi anakku yang sangat kesunyian kerana berjauhan dengan ayahanda dan adiknya, dengan merangsang dirinya untuk matang dan berdikari...

Aku setia mendengar komentar-komentar gurunya itu..sambil cuba berlapang dada biarpun pada awalnya emosiku agak fragile. Lalu aku bertukar-tukar fikiran dengan sahabat-sahabatku, kemudian merenung kembali konteks yang sedang kuhadapi...Tiada sesiapa yang boleh menggesa orang lain untuk jadi matang kerana kematangan terpupuk secara semulajadi..dari interaksi dengan alam, dengan insan dan insan-insan, dengan orang dan orang ramai, dan yang lebih penting ..dengan Pencipta.

Stimulasi ke arah kematangan memang amat perlu secara bertahap. Ini tidak mungkin dicapai oleh pendidik yang tiada sabar. Bagiku, ini suatu cabaran baru buat diriku. Bukan kerana kematangan adalah suatu ‘demand’ dari pihak sekolah itu, tapi kerana anak orang mu’min harus lebih kuat dan ampuh daripada anak-anak mereka yang tidak mengenal iman.

Seperkara yang pasti...biarpun dalam kalangan masyarakat Islam di negaraku, institusi persekolahan di negara maju seperti ini suatu yang kelihatan agak hebat, ada banyak kelemahan di institusi seperti ini yang mungkin ramai yang belum sedar. Kelemahan-kelemahan itu terselindung di sebalik professionalisme, ramah mesra, concern , setiakawan serta komitmen yang mereka tunjukkan. Malang sekali nilai-nilai positif ini tertabir daripada screen kebanyakan masyarakat Islam yang sebenarnya mempunyai manhaj hidup yang lengkap. ..bersambung.

Tuesday, July 28, 2009

encik Hedonisma

1 komentar
Hedonisma. Rata-rata korang semua mesti tahu apa tu hedonisma. Sebenarnya macam tak appropriate bagi saya untuk menulis soal hedonisma ni since diri ini masih lagi diikat dengan tali-tali hedonisma yang kadang mengawal setiap tingkah.

Tapi pedulikan, kita semua pun dalam proses pembaikan jadi tak salah untuk saya berbicara sikit pasal bab ni untuk kebaikan kita bersama (stresskan :termasuk saya)

Setiap manusia suka akan perkara indah. Dan diskripsi indah berbeza dari manusia ke manusia yang lain. Ada suka sajak, syair, pantun, petikan gitar, paluan gendang, tiupan trompet dan sebagainya. Oleh itu islam tak halang untuk penganutnya berhibur.

Macam kata pak cik -pak cik Raihan kita:
"berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

Falsafah hiburan untuk kita (Islam) tinggi. Bukan sesampah barat. Sekadar untuk berhibur kosong tanpa matlamat, tanpa tujuan. Kita tengok epedemik di negara kalahiran ramai bintang hiburan seperti Encik Justin Timberlake (tipulah tak kenal), Cik Madonanna dan Encik 50 sen. Bagaimana hedonisma merosakkan masyarakat mereka (nak kene cerita ke? rasa nya korang boleh buat research sendiri kan)

Malaysia pun sendiri, sedikit demi sedikit telah mengikut jalur-jalur 'negara bintang' itu. Ramainya anak muda yang tergila-gila mahu menjadi bintang baru di arena Hedonisma. Rata-rata mereka terjun tanpa mempunyai kefahaman yang jelas tentang hiburan. Bagi mereka hiburan itu sekadar hiburan nokhtah. Nampak kan sekuralisasinya di sini.
"Hiburan dengan agama mane bole campur", bak kata mereka.

Tapi tak semua daripada barat itu buruk. Ada je contoh lagu yang bagus liriknya dan tenang melodinya. Jangalah la pulak sebab semangat sangat nak Islam kan bila ada kawan denga lagu orang putih je terus melatah:

"Ya Allah syeikh, lagu Syaitan mana kau dengar ni?"

Kesian kawan tu, padahal lagu yang dia denga tu baik liriknya meskipun si pembawa lagu tu buruk sifatnya.

Mentaliti kelas pertama setiap perbuatan dia, ada kebaikan pada masyarakat. Bukan merosakkan masyarakat.

Korang tengok lagu-lagu Irama Asli (sure korang macam eiii Irama Asli? c'mon la). Kebanyakan lirik dia baik sekali. Macam Balqis (sekadar menyebut). Kalau yang suka rock tu, apa salahnya suntik sikit falsafah anda dalam lagu. Jadikan lagu itu satu benda yang ilmiah. Ni dak, berlegar sekitar I Love you, You Love me?kalau you tak Love me, i patah hati.

Alah lagu nasyid pun banyak je tema tu", ada suara-suara menyindir.

Ush panas ni. Cinta tu tema yang Universal. Bukan semua nasyid pun saya suka. Ada yang terkadang saya menyampah juga. Dalam satu album 3/4 cinta. Aduh c'mon la. Variasi sikit. Berbalik kepada tema cinta, itu universal. Cara pembawakan tema tu yang akhirnya akan menzahirkan outcome. Jadi pandulah tema (apa-apa) yang membawa kebaikan pada orang lain.

Saya pendengar universal. Apa yang elok insyaallah saya ambil, dan doakan la agar kita jauhi perkara yang tidak elok. Saya mengimpikan hiburan yang membina, hiburan yang berfalsafah hiburan yang tinggi maratabat dia. Bukan hiburan 'lacur' yang kita terkinja-kinja melompat bila mendengarnya. Ops :)

Insyaallah pelan-pelan kita akan membina suasana hiburan ni.


Saranan bacaan : Novel Advencer Si Peniup Ney

Saturday, July 25, 2009

The Purity of Your Heart

0 komentar

Got this from a friend's blog...
Has a bit of humour, but lots of thoughts. ENjOy!
-------------

A young couple moves into a new neighbourhood.
The next morning while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbour hanging the wash outside.
“That laundry is not very clean”, she said.
“She doesn’t know how to wash correctly. Perhaps she needs better laundry soap”

Her husband looked on, but remained silent.
Every time her neighbour would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments.

About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband:
“Look, she has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this?”

The husband said, “I got up early this morning and cleaned our windows.”

And so it is with life. What we see when watching others..depends on the purity of the window through which we look.
------------------

Hadith 6 (in Forty Hadiths of Imam Nawawi):

On the authority of Abu 'Abdullah al-Nu'man bin Bashir, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Truly, what is lawful (Halal) is evident, and what is unlawful (Haraam) is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart."

[Al-Bukhari & Muslim]

Wallahua'lam.

Thursday, July 23, 2009

Tidak beriman kamu selagi....

0 komentar
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Mari kita menghafal hadis! atau yg sudah menghafal..alhamdulillah..usahakan hadis2 lain..
dan Mari kita membacanya dengan hati...bukan akal.
Betapa sepotong ayat dari kekasih kita rasulullah ini, andai benar-benar dipegang, pasti kan mampu mengguncangkan hati..menggetarkan naluri dan meresahkan jiwa...sungguh!

Sejauh mana diri yg kerdil dan hina ini, mencintai sahabatnya saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..
Sejauh mana diri yg tidak punya apa-apa ini, mencintai sahabatnya saudaranya lebih dari dirinya sendiri..
Sejauh mana?
Nilai diri..muhasabah sebentar.. Astagfirullah..

Ibarat Abu Bakar melindungi rasul dari sengatan sang kalajengking di Gua Tsur.

Ibarat Ali mengganti rasul di katil tika malam persepakatan pembunuhan rasul.

Ibarat persaudaraan Ansari dan Muhajirin.

Mampukah kita? Ya mampu! kerna kita mukmin.

Imam Ghazali berkata: "Ukhuwah itu bukanlah terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kpd Allah Subhanahu Wa Taala."


"Terikatnya hati-hati dengan ruh-ruh ini dgn ikatan akidah, kerana akidah itu adalah ikatan paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yg pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tingginya adalah 'ithar' (melebihkan kepentingan saudara lain)"
IHAB


Khas untuk Cik Ton;

Ya Allah
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya

Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah kami jalan yang benar
Penuhkanlah hati kami dgn cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Ya Allah
Hidup suburkanlh hati kami dgn ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah kami sebagai syuhada
Dalam perjuangan menegakkan agamaMu yang mulia..

Aminn..

Dulu selepas maghrib setiap hari di maktab kan nyanyi lagu ini di surau.. nostalgia. ^^

Tuesday, July 21, 2009

Pembuka kata

0 komentar
Assalamulaikum,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga men'setup' kan blog ini. InsyaAllah blog ini akan mempunyai beberapa orang penulis yang akan menulis apa-apa sahaja yang isyaAllah akan memberi manfaat pada korang. Ada orang pernah kata pada saya,
Syurga itu abadi, mati itu pasti, amallah perlu dicari, bekalan untuk kemudian hari.
Sama-samalah kita saling nasihat menasihati dan memperbaiki diri. Sorang-sorang? C'mon la, The more the merrier aite.